Wednesday, September 16, 2009

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Kenapa pada peringkat akhir Belanda bertolak ansur dengan British?


Jwp


Ini kerana pertikaian antara dua pihak ini akan merugikan British dan Belanda. Oleh itu, British dan Belanda bersetuju menyelesaikan masalah kawasan pengaruh melalui perundingan.

Belanda bertindak sedemikian kerana kebanyakan kepentingannya di Timur masih terpelihara sungguhpun Belanda kehilangan Melaka. Akan tetapi, perjanjian ini telah mengukuhkan lagi penguasaan Belanda di Hindia Timur khususnya kepulauan Rempah.

Selain itu, perjanjian ini akan menamatkan perbalahan Belanda-British dengan secepat mungkin agar kuasa-kuasa Barat lain tidak mengambil kesempatan ini untuk meluaskan kuasa mereka di Asia Tenggara khasnya kepulauan Melayu.

No comments:

Post a Comment