Tuesday, September 29, 2009

Firma Jourdain Sullivan de Souza

Mengapakah Firma Jourdain Sullivan and de Souza enggan memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor?


Jwp :

Kerana pihak firma hanya berjanji melindungi Kedah daripada serangan musuh, bukan membantu Kedah menyerang musuhnya.

Friday, September 18, 2009

Jadual Peperiksaan PMR 2009

7/10/2009 ( Rabu )

BM 1 8.10AM-9.10AM
BM 2 9.50AM-11.50AM
PA 1 2.10PM-4.10PM

8/10/2009 ( Khamis )

BI 1 8.10AM-9.10AM
BI 2 9.50AM-11.20AM
SC 1 12PM-1PM
SC 2 2.30PM-4PM

9/10/2009 ( Jumaat )

GEOG 8.10AM-9.25AM

12/10/2009 ( Isnin )

MM 1 8.10AM-9.25AM
MM 2 10.10AM-11.55AM
SEJ 1 2.10AM-3.25PM


13/10/2009 ( Selasa )

KH 8.10AM-9.40AM
BC 2 10.30AM-12.30AM
BC 1 2.10PM-3.10PM

*Jadual peperiksaan PMR 2009 ini tertakluk kepada perubahan semasa. Harap maklum.




Wednesday, September 16, 2009

Berita Baik Untuk Calon PMR 2009

Kini, anda boleh download soalan-soalan percubaan PMR 2009 peringkat negeri di internet.
Antara set soalan Sejarah yang boleh didownload adalah seperti berikut :-

i.Perlis
ii. Kedah
iii. Perak
iv. Melaka
v. Pahang
vi. Kelantan
vii. Sarawak
viii. Sabah
ix. Johor

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Kenapa pada peringkat akhir Belanda bertolak ansur dengan British?


Jwp


Ini kerana pertikaian antara dua pihak ini akan merugikan British dan Belanda. Oleh itu, British dan Belanda bersetuju menyelesaikan masalah kawasan pengaruh melalui perundingan.

Belanda bertindak sedemikian kerana kebanyakan kepentingannya di Timur masih terpelihara sungguhpun Belanda kehilangan Melaka. Akan tetapi, perjanjian ini telah mengukuhkan lagi penguasaan Belanda di Hindia Timur khususnya kepulauan Rempah.

Selain itu, perjanjian ini akan menamatkan perbalahan Belanda-British dengan secepat mungkin agar kuasa-kuasa Barat lain tidak mengambil kesempatan ini untuk meluaskan kuasa mereka di Asia Tenggara khasnya kepulauan Melayu.

Kemajuan Pengangkutan Laut dan Udara

我有问题,找了参考书可是找不到。
不懂什么Bab..

Perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Straits Steamship termasuk?
I.Menghantar bahan-bahan mentah.
II.Membawa bekalan makanan.
III.Menghantar jentera dan mesin.
IV.Membawa buruh-buruh lombong.

A.I,II dan III
B.I II dan IV
C.I III dan IV
D.II III dan IV



Jwp


请参阅中二课本第148页第一段。 答案是 D。

Canpur Tangan British di Pahang

Sultan Ahmad enggan menerima Residen British sehingga tahun 1888..

Kenapa Sultan tersebut enggan? Kenapa British tidak mengenakan tindakan untuk memaksa Sultan?



Jwp


Kerana penerimaan residen British bermaksud Pahang akan kehilangan kedaulatan. Sultan Ahmad tidak mahu Pahang kehilangan kedaulatannya seperti negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan setelah memerhatikan apa yang berlaku di negeri-negeri tersebut.

British memang ada bertindak untuk memujuk Sultan Ahmad menerima seorang residen British tetapi Sultan Ahmad bertindak dengan bijak dengan menolak tawaran ini. Ekoran daripada itu, British sentiasa menunggu peluang untuk mencapai matlamatnya iaitu campur tangan di Pahang. Ini menjadi realiti apabila berlakunya pembunuhan Goh Hui dekat istana Sultan Ahmad.

Riwayat 的定义

老师,RIWAYAT是什么意思,我忘记了,所以拜托老师再讲多一次 ^^


Jwp


关于一个人的人生生涯记载,如人生传。