Wednesday, September 16, 2009

Canpur Tangan British di Pahang

Sultan Ahmad enggan menerima Residen British sehingga tahun 1888..

Kenapa Sultan tersebut enggan? Kenapa British tidak mengenakan tindakan untuk memaksa Sultan?



Jwp


Kerana penerimaan residen British bermaksud Pahang akan kehilangan kedaulatan. Sultan Ahmad tidak mahu Pahang kehilangan kedaulatannya seperti negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan setelah memerhatikan apa yang berlaku di negeri-negeri tersebut.

British memang ada bertindak untuk memujuk Sultan Ahmad menerima seorang residen British tetapi Sultan Ahmad bertindak dengan bijak dengan menolak tawaran ini. Ekoran daripada itu, British sentiasa menunggu peluang untuk mencapai matlamatnya iaitu campur tangan di Pahang. Ini menjadi realiti apabila berlakunya pembunuhan Goh Hui dekat istana Sultan Ahmad.

1 comment:

  1. Soalan daripada tingkatan 2 bab 2..

    Sultan Ahmad enggan menerima Residen British sehingga tahun 1888..

    Kenapa Sultan tersebut enggan? Kenapa British tidak mengenakan tindakan untuk memaksa Sultan?

    ReplyDelete